Yamaha RZR 135 keluaran tahun 1990 dan 1991

Untuk peminat motosikal legenda klasik Yamaha RZR 135, di sini Arena Motosikal siarkan lagi beberapa keping gambar model berkenaan, keluaran tahun 1990 dan 1991. Untuk melihat gambar-gambar Yamaha RZR 135 model tahun 1987, anda boleh membacanya dalam artikel terdahulu, dengan mengikuti pautan di bawah artikel ini.

Yamaha RZR 135 yang disiarkan di sini hadir dalam pilihan warna hitam / kelabu dan merah / putih bagi model tahun 1990, yang mana kedua-duanya masing-masing dilengkapi sport rim berwarna emas dan merah. Bagi model tahun 1991 pula, dua pilihan warna dipaparkan iaitu gabungan biru / biru muda dan hitam / merah.

Model tahun 1991 itu bagaimanapun tidak dilengkap sport rim, tetapi didatangkan rim jenis berjejari dengan penampilannya kekal sporty dan kelihatan lebih moden. Ciri-ciri lain yang melengkapi Yamaha RZR 135 keluaran tahun 1990 dan 1991 ini termasuklah brek cakera di bahagian roda depan dan sudah pasti fairing penuh bergaya sportbike.

Spesifikasi enjin Yamaha RZR 135 adalah sama seperti yang dimiliki oleh Yamaha RX-Z 135, dilengkapi enjin dua lejang 133cc dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Untuk pasaran Malaysia, Yamaha RZR 135 tidak pernah dijual secara rasmi tanpa sebab yang jelas, sedangkan kembarnya Yamaha RX-Z 135 sangat laris jualannya.

Artikel berkaitan : Yamaha RZR 135 keluaran 1987 dilengkapi fairing penuh