Kymco perkenal motosikal elektrik RevoNEX di EICMA 2019

Bertempat di EICMA 2019 pada November, Kymco telah memperkenalkan RevoNEX, sebuah model elektrik terbaharu keluaran syarikat tersebut. Ianya merupakan susulan kepada model elektrik SuperNEX yang muncul di EICMA 2018. Jika tiada sebarang halangan, Kymco RevoNEX dijadualkan berada di pasaran mulai tahun 2021.

Apa yang menariknya mengenai RevoNEX ini ialah sistem penjana kuasa elektriknya menawarkan transmisi enam kelajuan, sama seperti motosikal konvensional dengan enjin pembakaran dalaman. Ini membolehkan penunggang kekal merasai pengalaman mengujakan sewaktu di lebuh raya, atau kekal dengan gear yang tepat di bandar.

Dari segi prestasi, Kymco telah membangunkan teknologi EFA (Electric Full-range Acceleration) yang memastikan hantaran kuasa RevoNEX kekal responsif dan berterusan pada tahap optimum. Ini terbukti melalui catatan pecutan maksimum dari 0 ke 100 km/j mampu dilakukan dalam tempoh hanya 3.9 saat, manakala dari sifar ke kelajuan puncak 205 km/j boleh dicapai dalam masa hanya 11.8 saat.

Kymco juga membangunkan teknologi FEP (Full Engagement Performance), iaitu sistem pengurusan prestasi canggih yang membolehkan penunggang menikmati potensi penuh jentera dengan penuh yakin. Dengan FEP, penunggang boleh melakukan pelancaran sempurna pada setiap lampu hijau, memastikan tidak berlakunya gelinciran roda ketika melalui jalan raya yang tidak sekata, dan memberikan daya tarikan maksimum ketika membrek secara tiba-tiba agar tayar belakang tidak terangkat.

Memandangkan RevoNEX ialah motosikal elektrik yang senyap, adalah penting ianya dilengkapi dengan sistem bunyi sebagai ciri keselamatan, juga untuk memastikan penunggang sentiasa peka dengan situasi tunggangan. Sistem bunyi AAM (Active Acoustic Motor) yang diperkenalkan bukan sahaja mempunyai bunyi yang menarik malah berfungsi sebagai sambungan media penting antara manusia dan mesin.

Selanjutnya dengan memahami bahawa setiap penunggang menggunakan motosikal mereka dengan cara dan tujuan yang berbeza, Kymco menawarkan AMP (Adaptive Machine Personality) untuk RevoNEX. Sistem tersebut menyokong empat mod tunggangan iaitu Poised, Assertive, Bold dan Extreme. AMP membolehkan penunggang membuat pilihan yang tersendiri untuk keseronokan tunggangan maksimum.

Berikut ialah empat personaliti tunggangan yang ditawarkan oleh sistem AMP :

  • Poised, which allows the riders to glide through the neighborhood quietly
  • Assertive, which displays the rider’s inner strength with power and civility
  • Bold, which gives riders immense might for occasional spirited riding
  • Extreme, which screams out the passion hidden within the rider’s heart
(Visited 366 times, 1 visits today)