Selepas AK550 Premium, sekarang giliran Kymco DTX250. Skuter yang ditunggu semenjak dua tahun lepas akhirnya dilancarkan pihak Modenas. Modenas melancarkan skuter 250cc Kymco DTX250 di Malaysia Autoshow 2025 dan ada dua warna badan untuk dipilih iaitu Matte Black (warna oren hitam) dan Flat Deep Green (hijau hitam). Harga badan Kymco DTX250 ialah RM22,500 tak termasuk […]
Tag: Modenas
Modenas Z250 ABS 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 19,500.00
Selain daripada model Modenas Ninja 250 2022, Modenas melalui EMOS baru-baru ini dengan rasminya melancarkan jentera naked Modenas Z250 ABS 2022, dengan harga jualan asas RM 19,500.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model itu tampil dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red.
Modenas Ninja 250 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 18,900.00
Kawasaki pada tarikh 28hb. Julai 2022 baru-baru ini secara rasminya telah kembali ke pasaran Malaysia, bermula dengan model Modenas Ninja 250 2022 (dalam versi tanpa ABS dan versi dengan ABS) dan Modenas Z250 ABS. Jika anda merasa keliru dengan penggunaan nama Modenas, cerita sebenarnya ialah model-model keluaran Kawasaki untuk pasaran tempatan pada ketika ini telah […]
EMOS kini telah mempunyai rangkaian 20 wakil pusat servis Kawasaki di seluruh negara
Modenas hari ini rasmi mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) telah meluaskan lagi rangkaian wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara. Dengan itu rangkaian pusat servis Kawasaki di bawah EMOS kini meningkat kepada 20 wakil, berbanding 13 wakil sebelumnya.
Kawasaki tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan model kapcai atau supermoped untuk pasaran Malaysia
Sejak beberapa tahun yang lepas sehingga kini, peminat motosikal di pasaran Malaysia masih sabar menantikan pelancaran model terbaharu supermoped keluaran Modenas. Lebih menarik lagi apabila Modenas melalui EMOS dilantik sebagai pengedar eksklusif Kawasaki untuk pasaran Malaysia, harapan tersebut dikatakan bakal menjadi realiti.
Modenas Dominar D400 2022 versi touring serba lengkap dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi
Menurut sumber daripada blog Paultan.org, Modenas dijangka akan memperkenalkan versi touring serba lengkap untuk Modenas Dominar D400 2022 di pasaran Malaysia. Pelancaran model berkenaan mungkin akan berlangsung tidak lama lagi, antara bulan Mei atau Jun 2022. Namun kesahihan maklumat itu ketika ini belum dapat disahkan.






