Dalam bulan Oktober 2019 yang lepas, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha MT-03 model tahun 2020 terbaharu untuk pasaran Eropah dan USA. Perubahan signifikan terhadap model tersebut ialah penampilan wajah baharunya yang kini kelihatan lebih agresif berbanding model generasi sebelumnya.
Category: Yamaha
Pelancaran warna baharu untuk Yamaha Ego Solariz 2019
Pada pertengahan bulan Disember 2019 yang lepas, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan ketibaan model skuter Yamaha Ego Solariz yang kini didatangkan dengan empat pilihan warna baharu yang menarik. Keempat-empat pilihan warna tersebut ialah Cyan, Emas, Merah dan Biru (Cyan, Gold, Red and Blue).
Warna baharu untuk Yamaha YZF-R25 / ABS dan Yamaha YZF-R3 ABS 2020 diperkenalkan untuk pasaran Jepun
Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan warna baharu untuk YZF-R25, YZF-R25 ABS dan YZF-R3 ABS, yang mana ketiga-tiga model tersebut bakal berada di pasaran Jepun mulai 14 Februari 2020. Di antara ketiga-tiga warna tersebut, warna Matte Silver merupakan yang paling menyerlah berbanding warna Blue dan Matte Black.
Yamaha XMAX 250 terima warna baharu untuk tahun 2020
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini pada pertengahan bulan Januari 2020, telah memperkenalkan skuter maxi Yamaha XMAX 250 terbaharu yang kini didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu yang lebih menarik dan premium. Ketiga-tiga warna tersebut ialah Matt Grey (Kelabu), Matt Blue (Biru) dan Matt Silver (Perak).
Yamaha Lagenda 115Z SRT GP Edition 2020 dilancarkan untuk pasaran Malaysia
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) pada tarikh 08hb. Disember 2019 yang lalu telah membuat kejutan dengan melancarkan model Yamaha Lagenda 115Z SRT (Sepang Racing Team) GP Edition 2020. Model tersebut dilancarkan secara rasmi di Litar Sepang sewaktu pusingan akhir perlumbaan Petronas Malaysian Cub Prix.





