Yamaha MT-07 bersama-sama model Hyper Naked Yamaha yang lain telah menerima kemaskini warna baharu untuk tahun 2020. Menurut siaran akhbar yang diterbitkan oleh Yamaha Motor Europe dalam bulan November 2019, MT-07 kini didatangkan dalam tiga pilihan warna baharu yang dikemaskini iaitu Ice Fluo, Icon Blue dan Tech Black.
Category: Yamaha
Warna baharu untuk Yamaha XSR900 model tahun 2020
Untuk musim 2020, Yamaha XSR900 kini boleh didapati dalam pilihan warna baharu yang diberi nama 80 Black, dengan menampilkan skim warna hitam dengan sentuhan merah dan emas. Rekaan tersebut mengambil inspirasi daripada tema 1980an Yamaha dan sebagai penghargaan kepada model legenda dan ikonik Yamaha RZ250.
Yamaha XSR700 model tahun 2020, harga bermula £7,445.00 di pasaran UK
Yamaha XSR700 merupakan sebuah model motosikal bergaya retro dengan penampilan yang cukup menarik dan cool. Sayangnya model seperti ini tidak ditawarkan di pasaran Malaysia. Di pasaran UK, Yamaha XSR700 model tahun 2020 dijual pada harga bermula dari £7,445.00, bersamaan RM 39,747.36 (kadar semasa).
Yamaha Tracer 700 model tahun 2020 tampil dengan wajah baharu lebih dinamik dan agresif
Dalam bulan November 2019 yang lepas, Yamaha telah memperkenalkan Tracer 700 model tahun 2020 yang kini tampil dengan wajah terbaharu lebih dinamik dan agresif. Model Sport Touring tersebut kini menampilkan lampu posisi LED berkembar berbentuk mata dan juga lampu jenis projektor berkembar yang berkuasa dan moden.
Yamaha MT-125 2020 diperkenalkan untuk pasaran Eropah
Yamaha NVX 2020 kini tiba dengan tiga warna baharu
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini telah memperkenalkan skuter Yamaha NVX model tahun 2020, yang kini didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu yang menarik dan premium. Ketiga-tiga warna baharu tersebut ialah Merah, Kuning dan Biru, bakal berada di pasaran tempatan secara rasmi mulai Februari 2020.






