Untuk peminat model skuter dalam segmen adventure, antara model yang ditawarkan di pasaran tempatan pada ketika ini ialah WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022.
Category: WMoto
WMoto XDV250i 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga bermula dari RM 18,888.00
Prapelancaran skuter adventure WMoto XDV 250i 2022 untuk pasaran Malaysia, anggaran harga di bawah RM 20k
WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) pada semalam telah menganjurkan majlis prapelancaran model skuter adventure terbaharu WMoto XDV 250i 2022, khusus untuk wakil-wakil pengedarnya. Pelancaran rasmi model tersebut pula dikatakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, dengan jangkaan pada bulan September 2022.
WMoto RT3S 2022 diperkenalkan di pasaran Malaysia, kini dilengkapi skrin TFT yang lebih canggih
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. hari ini rasmi memperkenalkan model skuter terbaharu WMoto RT3S 2022 untuk pasaran tempatan. Ianya merupakan kesinambungan kepada model skuter maxi WMoto RT3 yang diperkenalkan pada tahun lepas, kini hadir dengan penggunaan skrin TFT terbaharu yang lebih canggih dengan mod cahaya dan malam.
WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022 dengan warna baharu Vibrant Green kini di pasaran tempatan
Model skuter WMoto Xtreme 150i 2021 telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan Julai tahun lepas. Kini model berkenaan tampil dalam versi Special Edition untuk musim 2022, dengan pilihan warna Vibrant Green yang cukup menyerlah. Menurut info di dalam Mudah.my, harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 10,688.00 sahaja.
WMoto SX2-300 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 18,888.00
Khusus untuk peminat motosikal lasak dalam segmen motocross di pasaran tempatan, WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings) kelmarin dengan rasminya telah melancarkan sebuah model baharu iaitu WMoto SX2-300 2022. Motosikal tersebut sebelum ini telah pun menjadi pilihan Tentera Darat Malaysia (TDM) sebagai aset dalam Ops Benteng.






