Brosur model skuter WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022

Untuk peminat model skuter dalam segmen adventure, antara model yang ditawarkan di pasaran tempatan pada ketika ini ialah WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022.

Model itu diperkenalkan sekitar bulan Julai 2022 yang lepas, dengan satu pilihan warna Vibrant Green yang menyerlah. Harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 10,688.00.

Untuk anda yang mahu mendapatkan maklumat lebih lengkap mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan, anda boleh merujuk kepada paparan brosurnya di bawah.

Imbas kembali, WMoto Xtreme 150i Special Edition 2022 dikuasakan enjin bersesaran 149.3cc (single-cylinder, 4-stroke, 2-valve, SOHC) yang patuh piawaian emisi Euro 4.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik CVT, dan menghasilkan prestasi 12.1hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm @ 5,000rpm. Kapasiti tangki petrolnya 11 liter.

Antara kelebihannya ialah ianya dilengkapi dengan sistem brek ABS Dual Channel, dan diberi penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).