Pasaran negara jiran Indonesia baru-baru ini telah menerima kehadiran sebuah model motosikal terbaharu iaitu TVS XL100 2022. Motosikal yang tampil dengan gaya rekaan unik itu ditawarkan dengan harga sebanyak Rp. 13,900,000 (RM 4,154.63) untuk model berwarna hitam, dan Rp. 14,390,000 (RM 4,301.09) untuk model berwarna coklat.
Category: TVS
TVS Apache RTR 165 RP 2022 diperkenalkan di pasaran India, edisi terhad 200 unit, harga bersamaan RM 8,141.16
Dalam bulan Disember 2021 yang lepas, TVS Motor Company telah mengumumkan siri Race Performance (RP), yang telah diinspirasikan daripada barisan jentera perlumbaan berprestasi tinggi TVS Racing. Model pertama di dalam siri baharu itu ialah TVS Apache RTR 165 RP 2022, terhad 200 unit, dengan harga jualan Rs. 1,45,000 (RM 8,141.16).
TVS Apache RTR 200 4V 2021 versi Single Channel ABS di pasaran India kini dilengkapi Ride Modes
Untuk pasaran India, TVS Apache RTR 200 4V 2021 versi Single Channel ABS kiniĀ dilengkapi sistem Ride Modes seperti Rain, Urban dan Sport, di samping beberapa ciri baharu lain seperti fork depan Showa boleh laras, tuil klac dan brek dengan tiga tahap pelarasan dan slipper clutch. Harga jualannya ialah Rs. 1,28,020 (RM 7,126.91).
TVS Apache RTR 200 kini berharga serendah RM 6,500.00 sahaja, lebih murah berbanding moped 150cc
Untuk mencari sesebuah model motosikal dalam kategori 200cc pada harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan untuk moped 150cc adakalanya dirasakan sangat mustahil. Bagaimanapun percayakah anda jika model naked TVS Apache RTR 200 ketika ini ditawarkan pada harga serendah hanya RM 6,500.00 sahaja?
TVS Apache RTR 200 4V 2020 dilancarkan di pasaran India, dilengkapi ciri-ciri yang pertama di dalam segmennya
TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 di pasaran Malaysia, harga asas RM 8,950.00
Jenama pengeluar motosikal dari negara India, TVS Motor Company mula bertapak di pasaran Malaysia sejak penghujung tahun 2018 yang lalu. Diedarkan oleh syarikat tempatan Daju Motors Sdn. Bhd., dua model ditawarkan ketika ini iaitu jentera naked TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 dan model kapcai TVS Neo X3i.






