Untuk pasaran India, TVS Apache RTR 200 4V 2021 versi Single Channel ABS kini dilengkapi sistem Ride Modes seperti Rain, Urban dan Sport, di samping beberapa ciri baharu lain seperti fork depan Showa boleh laras, tuil klac dan brek dengan tiga tahap pelarasan dan slipper clutch. Harga jualannya ialah Rs. 1,28,020 (RM 7,126.91).
Menurut TVS, dalam mod Sport, jentera naked itu akan menawarkan kuasa maksimum 20.82PS dan tork puncak 17.25Nm, disertai daya pecutan yang pantas. Tahap kelajuan maksimum pula kini berada pada angka 127 km/j dengan mod Sport, manakala untuk dua mod yang lain ialah 105 km/j, dengan paras kuasa 17.32PS dan tork 16.51Nm.
Suis yang khusus untuk sistem Ride Modes berkenaan diletakkan bersebelahan sistem pendikit untuk memudahkan penunggang menukar mod yang dimahukan pada bila-bila masa sewaktu tunggangan. Semua perubahan baharu yang diperkenalkan itu sebelum ini diperkenalkan untuk model TVS Apache RTR 200 4V 2020 versi Dual Channel ABS.
TVS Apache RTR 200 4V 2021 versi Single Channel ABS boleh didapati dalam pilihan tiga warna menarik iaitu Matte Blue, Glossy Black dan Pearl White. Untuk makluman, di pasaran Malaysia, TVS Apache RTR 200 4V turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. Maklumat selanjutnya boleh didapati melalui dua artikel seperti di bawah.
- TVS Apache RTR 200 kini berharga serendah RM 6,500.00 sahaja, lebih murah berbanding moped 150cc
- TVS Apache RTR 200 4V Race Edition 2.0 di pasaran Malaysia, harga asas RM 8,950.00
Sumber : Motorbeam.com



