Model skuter terbaharu Modenas Kymco AK550 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, pada tarikh 12 Januari 2024. Setakat ini pihak Modenas telah mengedarkan jemputan rasmi kepada pihak media, bagi menghadiri program pelancaran model tersebut.
Category: Kymco
Kymco CV-L6 dijangka berada di pasaran pada tahun 2024
Kymco AK550 Premium 2023 dipaparkan di dalam laman sesawang Modenas
Spyshot Kymco DTX 250 di Malaysia, bakal dilancarkan oleh EMOS
Kymco AK550 ST bakal dilancarkan pada Januari 2024, versi CBU, harga di bawah Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022
Modenas bakal melancarkan model skuter terbaharu Kymco AK550 ST untuk pasaran Malaysia, dengan pelancarannya dijadualkan berlangsung pada bulan Januari 2024 akan datang. Maklumat tersebut telah dikongsikan sendiri oleh ahli kelab pemilik Modenas Elegan 250, yang baru-baru ini telah dijemput oleh Modenas ke kilang mereka untuk melihat pemasangan model Elegan 250 itu.
Adakah Modenas bakal melancarkan Kymco AK550 ST?
Menurut laporan daripada rakan media iaitu Motomalaya.net, Modenas tidak lama lagi dikatakan bakal melancarkan model skuter terbaharu Kymco AK550 ST generasi terbaharu untuk pasaran Malaysia. Kymco AK550 ST merupakan varian teratas dengan spesifikasi yang lebih menarik dan lebih canggih berbanding Kymco AK550 versi standard.






