Kymco CV-L6 dijangka berada di pasaran pada tahun 2024

Salah sebuah model skuter terbaharu yang dipamerkan oleh Kymco di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2023 pada bulan November yang lepas ialah Kymco CV-L6. Setakat ini tarikh pelancarannya belum diumumkan, namun ianya dijangka berlangsung pada tahun 2024.

Kymco CV-L6 merupakan sebuah model skuter maxi yang menggabungkan ciri-ciri adventure, bermakna ianya sesuai untuk ditunggangan di jalan raya biasa, di kawasan bandar dan juga di kawasan pendalaman. Malah ianya boleh dipasang dengan tiga kotak bagasi berjenama GIVI.

Enjinnya pula dikatakan sama seperti enjin Kymco AK550 Premium, iaitu bersesaran 550.4cc (In-line twin-cylinder, 4-Stroke, DOHC, Liquid-cooled). Setakat ini Kymco belum mendedahkan secara terperinci spesifikasi penuh Kymco CV-L6, yang pastinya serba lengkap dan canggih.

Kymco CV-L6 ini belum pasti akan dilancarkan di pasaran Malaysia, kecuali jika pihak Modenas mahu menawarkan sebuah model skuter adventure terbaharu untuk pasaran tempatan. Ianya boleh menjadi suatu alternatif kepada model skuter adventure popular iaitu Honda X-ADV 2023.