Husqvarna Svartpilen 250 2024 generasi baharu diperkenalkan

Husqvarna Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan Husqvarna Svartpilen 250 2024 generasi baharu, yang kini tampil berbeza berbanding model sebelumnya. Model tersebut juga dilengkapi enjin dan casis baharu, di samping teknologi termaju. Enjinnya bersesaran 249.1cc (single-cylinder, liquid-cooled) dengan kuasa 31hp, serta patuh piawaian emisi Euro 5+.

Ciri-ciri standardnya seperti transmisi enam kelajuan dengan Power Assist Slipper Clutch, sistem suspensi WP, sistem brek ByBre dengan Bosch ABS Dual Channel, panel meter LCD 5.0 inci baharu dengan sistem sambungan, tinggi tempat duduk 820 mm, dan tangki petrol 13 liter. Dijangkakan Husqvarna Svartpilen 250 2024 ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.