Ducati Malaysia pada bulan Jun 2022 yang lepas secara rasminya melancarkan model adventure terbaharu Ducati Multistrada V2 S 2022. Model tersebut merupakan pengganti kepada model terdahulu Ducati Multistrada 950 S. Harga jualan asas yang ditetapkan untuk model berkenaan adalah sebanyak RM 105,900.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Category: Ducati
Ducati Streetfighter V4 SP 2022 di pasaran Malaysia, harga asas RM 239,900.00
Pada bulan Jun 2022 yang lepas, Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan model Ducati Streetfighter V4 SP 2022 terbaharu, dengan harga jualan asas RM 239,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Model tersebut merupakan pilihan terbaharu selepas model Ducati Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S, yang dilancarkan pada bulan Oktober 2020.
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini 2023 diperkenalkan, inspirasi daripada Huracan STO, edisi terhad 630 + 63 unit
Selepas berjaya menghasilkan model pertama Ducati Diavel 1260 Lamborghini 2021, Ducati dan Lamborghini sekali lagi menjalinkan kolaborasi, kali ini tampil dengan model kedua Ducati Streetfighter V4 Lamborghini 2023. Jentera naked tersebut diinspirasikan daripada supercar Lamborghini Huracan STO, dalam skim warna Verde Citrea / Arancio Dac, salah satu daripada empat warna spesifik yang ditawarkan pada Huracan […]
Ducati Streetfighter V2 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 101,900.00
Pada dua hari yang lepas, Ducati Malaysia (Next Bike Sdn. Bhd.) rasmi melancarkan enam model terbaharu di pasaran Malaysia, termasuklah model Ducati Streetfighter V2 2022. Didatangkan dengan pilihan warna tunggal Ducati Red bersama-sama rim roda berwarna hitam, harga yang ditawarkan untuk model tersebut ialah RM 101,900.00.
Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 tampil lebih sporty, prestasi tunggangan dan pengendalian dipertingkatkan
Dalam bulan Oktober 2021 yang lepas, Ducati telah memperkenalkan model terbaharu Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022, varian terbaharu yang lebih sporty berbanding dua model sebelumnya Ducati Multistrada V4 dan V4 S 2021. Selain daripada warna yang cukup menyerlah, naik taraf teknikal juga menjadikan model tersebut berbeza.
Ducati Scrambler Urban Motard 2022 diperkenalkan, tampil lincah dengan gaya energetik untuk tunggangan urban
Di samping memperkenalkan model terbaharu Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO 2022 baru-baru ini, Ducati pada masa yang sama turut memperkenalkan sebuah lagi model scrambler terbaharu iaitu Ducati Scrambler Urban Motard 2022. Sesuai dengan namanya, model itu bakal menawarkan gaya tunggangan lincah di kawasan urban.






