Dalam bulan Julai 2021 yang lalu, Aprilia buat pertama kalinya telah memperkenalkan jentera kembara terbaharu Aprilia Tuareg 660 2022. Setakat ini tarikh sebenar model itu akan dilancarkan secara rasmi masih belum diumumkan, namun spesifikasi dan ciri-ciri menarik model adventure lasak itu sedikit sebanyak telah pun didedahkan oleh Aprilia.
Category: Aprilia
Aprilia Tuono 660 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900.00
Selepas pelancaran Aprilia RS660 2021 pada penghujung bulan Mac 2021 yang lepas untuk pasaran Malaysia, kini tiba pula giliran pelancaran model Aprilia Tuono 660 2021. Pengedarnya Didi Resources Sdn. Bhd. menawarkan model tersebut pada harga asas sebanyak RM 77,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Aprilia Tuono 125 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini tampil lebih sporty dengan enjin 125cc yang lebih berkuasa
Model sport bike Aprilia RS 125 2021 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah baru-baru ini, begitu juga dengan kembarnya Aprilia Tuono 125 2021. Jentera naked tersebut turut menerima kemaskini terbaharu di bahagian depannya, serta tampil dengan rekaan lampu depan triple ikonik yang hampir sama seperti model Aprilia Tuono 660 2021.
Aprilia RS 125 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, rekaan baharu lebih sporty dengan enjin 125cc lebih berkuasa
Aprilia baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan Aprilia RS 125 2021 terbaharu untuk pasaran Eropah. Model sport bike 125cc itu kini tampil dengan gaya rekaan serba baharu yang lebih menarik dan sporty berbanding model Aprilia RS 125 2020, dan turut dilengkapi lampu depan triple yang diinspirasikan daripada model Aprilia RS660 2021.
Aprilia RS660 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga pengenalan RM 59,900.00
Didi Resources Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi motosikal berjenama Aprilia hari ini rasmi melancarkan model terbaharu Aprilia RS660 2021 untuk pasaran Malaysia. Model tersebut ditawarkan pada harga pengenalan RM 59,900.00 (tanpa pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dalam dua pilihan warna menarik iaitu Lava Red dan Apex Black.
Aprilia SX 125 2021 dan Aprilia RX 125 2021 diperkenalkan
Aprilia pada awal bulan Mac baru-baru ini telah memperkenalkan dua model terbaharu Aprilia SX 125 2021 dan Aprilia RX 125 2021. Kedua-dua model tersebut kini dikatakan telah menerima kemaskini baharu di bahagian rekaan, ciri-ciri yang melengkapinya dan juga di bahagian enjin yang kini lebih berprestasi dan patuh piawaian emisi Euro 5.






