Di pasaran Malaysia, model naked Aprilia Tuono 660 dilancarkan pada bulan Jun 2021 yang lalu, dengan harga asasnya sebanyak RM 77,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Sementara itu untuk pasaran antarabangsa, Aprilia Tuono 660 Factory 2022 telah rasmi diperkenalkan, kini tampil lebih ringan dan lebih berkuasa.
Category: Aprilia
Aprilia RSV4 XTrenta 2022 diperkenalkan dalam edisi terhad 100 unit, jentera litar terbaharu yang serba canggih
Pada awal bulan ini, Aprilia memperkenalkan sebuah jentera istimewa iaitu Aprilia RSV4 XTrenta 2022, dalam edisi terhad 100 unit sahaja. Khusus untuk tunggangan litar, harga jualan yang ditawarkan adalah sebanyak € 50,000.00 (tidak termasuk VAT), bersamaan nilai RM 227,032.00. Tempahan secara online dibuka bermula 06hb. September 2022.
Aprilia Tuareg 660 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas pengenalan RM 75,900.00
Aprilia Malaysia secara rasminya melancarkan model terbaharu Aprilia Tuareg 660 2022 untuk pasaran tempatan. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Indaco Tagelmust, Acid Gold dan Martial Red. Harga pengenalan yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM 75,900.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Aprilia SR GT 200 2022 kini dilancarkan di pasaran Malaysia, dua varian, harga asas bermula dari RM 19,900.00
Aprilia Malaysia (Didi Group) hari ini rasmi melancarkan model skuter terbaharu Aprilia SR GT 200 2022, dalam dua pilihan varian Standard dan Sport. Varian Standard tampil dengan pilihan warna Street Grey, Infinity Blue dan Aprilia Black, dengan tempat duduk dan rim berwarna hitam. Varian Sport pula didatangkan pilihan warna Street Gold, Red Raceway dan Iridium […]
Aprilia RSV4 1100 Factory 2022 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 169,900.00
Didi Resources Sdn. Bhd. selaku pengedar sah motosikal berjenama Aprilia di pasaran Malaysia, baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model berkuasa tinggi terbaharu Aprilia RSV4 1100 Factory 2022. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut dijual dengan harga asas RM 169,900.00, tidak termasuk insuran, cukai jalan dan kos pendaftaran.
Aprilia SR GT 200 2022 diperkenalkan, dikenali sebagai skuter “Urban Adventure” pertama dari Aprilia
Update : Moto Guzzi & Aprilia Penang kini membuka tempahan untuk model skuter terbaharu Aprilia SR GT 200, yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Namun setakat ini tarikh sebenar pelancarannya masih belum diumumkan, begitu juga dengan harga jualannya. Di pasaran Jepun, harganya bermula dari RM 20k. Aprilia baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah […]






