Aprilia telah memperkenalkan jentera adventure Aprilia Tuareg 660 2024, yang kini tampil dengan tiga skim warna baharu iaitu Atreides Black, Canyon Sand dan Dakar Podium. Melengkapkan lagi model berkenaan ialah kerangka berwarna merah. Spesifikasi lain masih sama, termasuklah enjin 660cc (paralled-twin) dengan keluaran maksimum 80hp @ 9,250rpm dan tork 70Nm @ 6,500rpm.
Category: Aprilia
Aprilia RS 457 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah
Model terbaharu Aprilia RS 457 2024 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan tiga pilihan warna menarik. Enjinnya bersesaran 457cc (liquid-cooled, parallel twin-cylinder) dengan keluaran maksimum 47hp. Beratnya pula hanyalah 175 kg (kerb weight) untuk tahap pengendalian terbaik. Model tersebut turut dilengkapi sistem ride-by-wire, traction control dan tiga mod tunggangan.
Aprilia SR GT Replica 2023 diperkenalkan dengan skim warna jentera perlumbaan Aprilia RS-GP
Pada pertengahan bulan September 2023 baru-baru ini, Aprilia telah memperkenalkan Aprilia SR GT Replica 2023. Model skuter tersebut diasaskan daripada model Aprilia SR GT, yang kini tampil dengan skim warna bertemakan jentera perlumbaan Aprilia RS-GP. Jentera MotoGP itu ketika ini ditunggang oleh dua pelumba handalan Aprilia iaitu Aleix Espargaró dan Maverick Viñales.
Aprilia RSV4 Factory dan Aprilia Tuono V4 Factory kini tampil dengan warna Speed White untuk musim 2023
Aprilia Tuono 660 Factory 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 73,900.00
Aprilia RS 660 Limited Edition 2022 diperkenalkan dalam edisi terhad 1,500 unit, harga $ 11,999.00
Salah sebuah model sport bike kelas pertengahan yang ditawarkan di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Aprilia RS 660. Ditawarkan dengan harga asas RM 69,900.00, dua pilihan warna boleh didapati untuk model tersebut iaitu Lava Red dan Apex Black. Untuk pasaran luar negara, bagaimanapun tersedia model edisi terhad yang lebih menarik.






