
CFMOTO dan KALEX mempertontonkan sebuah jentera Moto2 dengan rona CFMOTO di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026.
Berdasarkan maklumat diterima, jentera itu menggabungkan casis perlumbaan aluminium KALEX dengan enjin 765cc yang diubah suai untuk tujuan perlumbaan.

Model ini dilengkapi komponen elektronik untuk kegunaan perlumbaan Moto2, komponen carbon-aramid dan brek Brembo.
Enjinnya mampu hasilkan kuasa 140hp dan berat jentera dikatakan 140kg. Kelajuan maksimum didakwa 300km/j.
CFMOTO menyatakan perkongsian mereka membawa kepada gabungan kepakaran kejuruteraan dan juga minat mendalam terhadap aspek inovasi dalam perlumbaan.
Jika anda masih ingat, CFMOTO ada mengumumkan pengambilalihan 51 peratus pegangan dalam KALEX Engineering pada April lalu.
KALEX terkenal sebagai pengeluar casis perlumbaan paling berjaya dalam sejarah kelas Moto2. Setakat ini, mereka sudah ada rekod pencapaian:
- 13 gelaran kejuaraan dunia untuk penunggang
- 14 gelaran pengeluar (constructors)
- Lebih 200 kemenangan dalam saingan Moto2
Umum diketahui, CFMOTO sudah melangkah dalam saingan Grand Prix melalui pasukan CFMOTO Aspar. Bermula dengan kelas Moto3 pada 2022 dan diikuti Moto2 pada 2024.
Artikel EICMA 2026
- EICMA 2026: Suzuki SV-7S (2027) teruskan legasi SV650?
- EICMA 2026: Honda CBR1000RR-R Fireblade (2027) dapat ‘sentuhan baharu’
- EICMA 2026: Yamaha Tenere 4 Concept bakal tiba, guna enjin satu silinder
- EICMA 2026: Skuter Yamaha RW700 guna enjin 2-silinder, pacuan rantai siap Y-AMT
- EICMA 2026: Ada apa dengan Yamaha RW350?
- EICMA 2026: Moto Guzzi The Trip 500 bakal tampil di Pameran Motor Milan 2026









