Siapa akan tawar supermoped 150cc auto clutch pertama di Malaysia?

Saingan supermoped 150cc auto klac (clutch) di Malaysia?

Akan ada namun, kami merasakan ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Paling awal pun, awal tahun depan atau suku kedua 2027.

Saingan supermoped 150cc dengan auto klac ini melibatkan tiga penjuru iaitu Modenas, AFAZ dan Mforce. Setakat ini, inilah tiga pihak yang sudah umumkan hajat masing-masing.

Modenas ada menceritakan perkara ini semasa taklimat Z15GT dengan memberikan bayangan tarikh pelancaran menjelang awal tahun 2027.

Setakat ini belum ada pengumuman atau maklumat terbaharu mengenai produk terbaharu Modenas 150cc auto klac.

Seminggu kemudian, jenama nasional kedua negara iaitu AFAZ pula ada mendedahkan kepada kami dan media lain tentang projek supermoped 150cc mereka. Katanya, memang ada perancangan untuk versi auto klac.

Tarikh paling awal pengenalan model 150cc itu dikatakan antara suku kedua tahun ini sehingga Ogos 2026. Maklumat terbaharu kami terima ialah AFAZ 150 mungkin memerlukan ‘masa tambahan’.

Sebabnya, mereka sedang mencari pembekal dengan komponen yang benar-benar berkualiti untuk keperluan projek tersebut. Sebabnya, AFAZ ada banyak perkara perlu mereka ‘berjaga-jaga’ kerana memikul status sebagai produk nasional.

Tidak lupa misi Mforce yang pernah kami kongsikan pada Februari lalu. Salah satu model yang mereka janjikan ada ditayangkan di Malaysia Bike Show manakala peluang melihat perkembangan model kedua (150cc) di kilang di China akan berlaku dalam masa terdekat.

Persoalan sekarang, siapa akan tawarkan supermoped 150cc auto klac pertama di Malaysia?

Artikel Berkaitan