Apa kami tahu tentang supermoped 150cc versi auto klac Mforce…

supermoped Mforce 150cc

Mforce Bike Holdings (Mforce) mendedahkan ada satu lagi motosikal supermoped 150cc sedang dibangunkan untuk pasaran Malaysia.

Apa yang menarik ialah supermoped 150cc ini versi auto klac (auto clutch). Tidak perlu mengendalikan klac tangan untuk naik atau turunkan gear.

TRANSMISI AUTO CLUTCH

Cerita tentang projek supermoped 150cc versi auto klac ini pernah kami laporan lima bulan lalu. Ini link dia: Mforce Supermoped 150cc Auto Clutch

Di sini, kami akan kongsikan sedikit sebanyak maklumat terbaharu daripada sumber kami tentang model supermoped 150cc yang diumumkan semalam:

Projek supermoped 150cc auto klac ini dibangunkan Mforce dengan satu lagi pengeluar motosikal terkenal di China.

Apabila projek siap, model itu tidak menggunakan lencana jenama sedia ada di bawah Mforce contohnya WMOTO. Model ini akan memakai label jenama baharu.

Supermoped 150cc auto klac ini belum dipamerkan di Malaysia. Bukan mana-mana prototaip yang ada ditunjukkan di Mforce MotoXperience 2026.

Wakil media terpilih akan diterbangkan ke China untuk melihat pembangunan model ini secara dekat, dijangka September ini.

SPESIFIKASI

Spesifikasi supermoped ini? Ada beberapa info pernah kami laporan sebelum ini iaitu model ini dijangka dilengkapi dengan:

  • Kamera dashcam depan
  • Meter digital TFT berwarna
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Tangki minyak sekitar 7 liter
  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu DRL
  • Kotak gear 5-kelajuan (tiada klac tangan)
  • Jangka lancar tahun 2027 (mungkin lebih awal?)

Pengumuman terbaharu tentang supermoped 150cc auto klac ini dibuat Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad dalam ucapan semasa perasmian premis Mforce Smart Shop terbaharu di Pusing, Perak.

Artikel Berkaitan: