Yamaha MX King 150 (2026) edisi Prima Pramac lancar di Indonesia, terhad 2,000 unit

Supermoped Yamaha MX King 150 di Indonesia kini menerima diberikan seragam menarik di Indonesia.

Model dimaksudkan ialah Yamaha MX King 150 (2026) edisi Prima Pramac. Skim liveri mirip jentera MotoGP pelumba Turkiye, Toprak Razgatlioglu.

Berdasarkan laporan, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) hanya menawarkan 2,000 unit Yamaha MX King 150 (2026) edisi Prima Pramac untuk pasaran Indonesia.

Model terhad dengan liveri edisi khas itu diperkenalkan susulan populariti Toprak di Indonesia. Harga badan diumumkan ialah 29,900,000 rupiah (anggaran RM6,763).

Spesifikasinya nampak masih sama seperti model semasa.

  • Enjin jenis silinder tunggal 149.79cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 11.3kW @ 8,500rpm.
  • Tork puncak 13.8Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear manual 5 kelajuan.
  • Fork telekskopik biasa dengan absober tunggal di belakang.
  • Rim depan 17 inci dengan tayar 90/80.
  • Rim belakang 17 inci berbalut tayar 120/70.
  • Brek cakera untuk rim depan dan belakang.
  • Berar motosikal 118kg.
  • Tangki minyak 4.2 liter.
  • Tinggi tempat duduk 795mm.