
Dua lagi skuter baharu akan menyertai saingan skuter kelas 250cc di Malaysia tidak lama lagi. Dua model ini ialah Cyclone RT5 dan Cyclone RT2S edisi 2026.
Kami bersama sekumpulan media lain diberi peluang untuk melihat kedua-dua skuter Cyclone ini di kilang Mforce baru-baru ini, selepas tamatnya majlis pelancaran skuter elektrik EZI Ray 01.
Cerita mengenai kemungkinan Mforce Bike Holdings akan bawa masuk Cyclone RT5 pernah kami laporkan sebelum ini.
Cuma belum ada lagi anggaran harga dan spesifikasi rasmi untuk pasaran Malaysia. Ada ura-ura mengatakan harga RT5 mungkin bawah RM17,000.
Cyclone RT2S pula mungkin sama seperti model Cyclone RT250 yang dilancarkan di China pada Ogos lalu.
Melihat apa yang ada pada model RT2S di Malaysia, kita mungkin terima varian tertinggi seperti yang dijual di China. Mungkin spesifikasinya juga kekal sama.
Kami akan terus menyediakan laporan sebaik menerima maklumat terbaharu sama ada dari pihak Mforce Bike Holdings atau sumber-sumber industri kami.
Sementara itu, ini adalah beberapa laporan dihasilkan mengenai siri RT terbaharu:
- Cyclone RT5 (2025): Skuter 250cc Paling Canggih, Ada Radar Blind Spot, Cermin Sisi Elektrik dan Tongkat Elektrik!
- Adakah RT5 bakal jadi Raja Skuter 250cc Malaysia?
- Cyclone RT250: Skuter maxi lancar di China dengan 2 varian, ada ABS, TCS, dashcam dan sistem pengesan Titik Buta

