
Model ketiga Peugeot Motocycle yang tampil ke pasaran Malaysia ialah siri Django, membabitkan dua varian iaitu Classic dan Cafe Racer.
Peugeot Django Classic dijual dengan harga badan RM14,990 manakala Django Cafe Racer pula memerlukan tambahan wang RM2,000 kerana harga badannya adalah RM16,990.
Secara asasnya, dua varian ini adalah sama termasuk menggunakan enjin yang sama. Perbezaannya, Cafe Racer dapat empat komponen berlainan yang nampak lebih retro-sporty.
Tiga komponen ini ialah madgad depan, cermin sisi di penghujung bar hendal, pelana tunggal dan penghadang angin (visor). Pun begitu, pembeli Cafe Racer tetap akan menerima pelana pembonceng.
Setiap satu didatangkan dengan empat warna pilihan seperti berikut:
- Django Classic: Leather Brown, Caribbean Yellow, Pistachio dan Milky White
- Django Cafe Racer: Flash Silver, Lichen Grey, Ice White dan Maroon
Enjin digunakan jenis satu silinder 150cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api. Output kuasa 12.5hp pada 7,500 dan tork 13.2Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi jenis automatik CVT.
Sistem pencahayaan digunakan jenis LED penuh. Meter pula TFT berwarna.
Ciri lain yang terkandung pada kedua-dua varian ialah ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) hanya untuk roda depan. Brek belakang jenis cakera.
Rim aloi 12 inci dengan tayar 120/70 (depan belakang). Tangki minyak 8.5 liter. Berat skuter 146kg.
Artikel Berkaitan
- Aveta Global Marketing bakal memperkenalkan tiga model motosikal baharu menjelang hujung tahun ini
- Peugeot SpeedFight 4+ : Skuter urban jenama Perancis dengan harga badan bawah RM10,000
- Peugeot Motocycle sertai pasaran skuter premium Malaysia dengan model adventure XP400 GT
- Peugeot Motocycle akhirnya kembali semula ke Perancis





























