Aveta Bellagio 125 (2026): Skuter retro model gaya Itali lancar di Malaysia

Aveta Motor Malaysia memperkenalkan dua model skuter baharu semalam, setiap satu berada dalam segmen tersendiri iaitu 125cc dan 180cc.

Model pertama ialah Aveta Bellagio 125 edisi 2026 yang merupakan sebuah skuter kecil gaya retro moden. Model kedua ialah Aveta Viper 180 iaitu skuter gayaan sport.

Artikel ini akan fokus kepada Aveta Bellagio 125 manakala Aveta Viper 180 akan disiarkan dalam pautan ini.

Warna Aveta Bellagio 125

Aveta Bellagio 125 didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Diamond White (putih), Pistachio Green (hijau) dan Carbon Black (hitam).

Harga Aveta Bellagio 125

Aveta Bellagio 125 ditawarkan pada harga badan RM6,998 seunit tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ciri menarik Aveta Bellagio 125

Ada enam ciri menarik didatangkan bersama skuter Aveta Bellagio 125 iaitu:

  • Instrumen meter digital penuh LCD dengan paparan berwarna
  • Penghadang angin
  • Bar pembonceng gaya klasik
  • Soket USB Type A dan Type C
  • Tangki minyak 6 liter
  • Reka bentuk retro

Video pusing keliling Aveta Bellagio 125

Spesifikasi Aveta Bellagio 125

Aveta Bellagio 125
Enjin1 silinder, SOHC
Kapasiti124cc
Kuasa maksimum6.5kW @ 7,500rpm (8.7hp)
Tork maksimum9.5Nm @ 6,000rpm
Bore x Stroke52.4mm x 57.9mm
Nisbah mampatan10 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan udara
Kotak gearCVT
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber monoshock
Tayar depan90/90 - 12
Tayar belakang90/90 - 12
Brek depanCakera, kaliper 2 piston
Brek belakangBrek dram
Panjang1,860mm
Lebar650mm
Tinggi1,150mm
Jarak dari bumi110 mm
Jarak roda1,300mm
Tinggi tempat duduk775mm
Tangki minyak6 liter
Berat kasar100kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu LED penuh
- Meter LCD berwarna

Galeri gambar Aveta Bellagio 125