Zontes 368D (2026): Apa yang menarik tentang skuter urban ini?

Zontes sudah memperkenalkan generasi baharu skuter siri 368 di China yang melibatkan empat varian berbeza iaitu Zontes 368K, Zontes 368E, Zontes 368M dan Zontes 368D.

Perubahan yang dibuat untuk barisan skuter edisi tahun 2026 ini nampaknya lebih menarik dari aspek fizikal. Malah ada peningkatan ciri dan teknologi moden baharu untuk siri 368 tahun 2026.

Untuk artikel ini, kita akan beri fokus kepada varian Zontes 368D edisi 2026. Varian lain akan diusahakan nanti.

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Zontes 368D Edisi 2026

  • Ada tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu lembut dan hijau berkilat
  • Ada pemanas grip tangan dan tempat duduk
  • Ekzos rekaan baharu
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Ada ciri Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Konsol butang kawalan yang lebih kemas dan bersih
  • Fork 41mm terbalik (USD) depan jenama MZKS boleh laras peredaman (damping) dan mampatan (compression)
  • Absober belakang berkembar boleh laras 5 tahap
  • 2 mode tunggangan iaitu L (Leisure) dan S (Sport) dengan butang penukaran
  • Soket USB Type-A dan Type-C
  • Ada fungsi brek parkir tangan
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) 3.0
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Meter TFT berwarna 6.75 inci dengan empat pilihan tema paparan, boleh sokong mirroring skrin telefon pintar
  • Kaliper brek J.Juan dengan Sistem Brek Anti-Kunci dua saluran

  • Sistem penyejukan berasaskan cecair dan minyak

SPESIFIKASI ZONTES 368D (2026)

Zontes 368D (2026)
Enjin1 silinder SOHC
Kapasiti368cc
Kuasa maksimum28.5kW @ 7,500rpm (44.2hp)
Tork maksimum40Nm @ 6,000rpm
Bore x Stroke79mm x 75mm
Nisbah mampatan11.8 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair / minyak
Kotak gearCVT
Suspensi depanFork teleskopik USD 41mm boleh laras
Suspensi belakangAbsober berkembar boleh laras 5-tahap
Tayar depan120/70-15
Tayar belakang140/70-14
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang2,025mm
Lebar805mm
Tinggi1,190mm
Jarak dari bumi150mm
Jarak roda1,405mm
Tinggi tempat duduk760mm
Tangki minyak12 liter
Berat kering156kg

GALERI GAMBAR ZONTES 368D (2026)