WMOTO EZ125i (2025) lancar dengan 4 warna pilihan, harga badan dari RM4,588

wmoto ez125i (2025)

Selain pelancaran model Cruiser AMT 125 (2025), WMOTO Malaysia turut memperkenalkan sebuah skuter bandar baharu iaitu WMOTO EZ125i (2025).

Harga badan untuk WMOTO EZ125i (2025) ialah RM4,588 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

WMOTO EZ125i (2025).Warna pilihan disediakan ada empat iaitu:

  • Silver Grey (kelabu lembut)
  • Grey (kelabu)
  • Red (merah)
  • Deep Sky Blue (biru)

SPESIFIKASI WMOTO EZ125I

  • Enjin jenis silinder tunggal 124cc dengan sistem suntikan bahan api (FI) dan kaedah penyejukan udara.
  • Gerek x lejang: 52.4mm × 55.1mm
  • Nisbah mampatan: 9.5 : 1
  • Kuasa: 8.84kW @ 7,500rpm
  • Tork: 9.5Nm @ 6,000rpm
  • Kotak gear CVT automatik dengan pacuan tali sawat
  • Fork depan jenis teleskopik konvensional, absober tunggal di belakang.
  • Tayar depan: 70/90-14
  • Tayar belakang: 80/90-14
  • Brek depan jenis cakera, brek belakang dram
  • Panjang: 1,890mm
  • Lebar: 670mm
  • Tinggi: 1,000mm
  • Jarak roda: 1,250mm
  • Tinggi tempat duduk: 760mm
  • Jarak bumi: 110mm
  • Berat bersih: 95kg
  • Tangki minyak: 6.5 liter