VOGE FR150 Formica Rossa sudah berada di pasaran Malaysia semenjak 15 bulan lalu iaitu selepas dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang.
Model supermoped VOGE FR150 ini kini berada dalam kelompok persaingan kelas 150cc yang didominasi Yamaha Y15ZR dan Honda Winner X.
Sebenarnya Malaysia ialah negara pertama yang memperkenalkan model motosikal ini. Kini, sudah ada petanda VOGE FR150 Formica Rossa akan memasuki pasaran kedua di Asia Tenggara iaitu di Filipina.
Berbeza dengan Malaysia, model yang dikhabarkan akan dilancarkan di Filipina mungkin akan dikenali sebagai VOGE Storm 150Fi.
Warna pilihan juga ada tiga seperti di Malaysia iaitu biru, merah dan kuning. Tapi berdasarkan gambar, rona kuning ada menampakkan kelainan dengan kombinasi warna kelabu.
Belum ada maklumat rasmi mengenai spesifikasi Storm 150Fi tetapi dijangka sama seperti FR150 Formica Rossa.


