Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) keluaran 2025, harga badan RM9,498

Inilah Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) yang memasuki kedai pengedar motosikal bermula hari ini, 7 April 2025.

Kapcai terbaru Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) ini didatangkan dengan satu warna pilihan iaitu Bronze Fury.

Motosikal Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) keluaran 2025 ini ada Sports Visor dan YAMAHA Premium Basket dengan pengecas USB Type-C.

Harga badan bermula dari RM9,498 dan tak masuk insurans dan cukai jalan. Enjin kekal macam model sebelum ini.

Yamaha Y15ZR SE 2025
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti149.8cc
Kuasa maksimum11.3kW @ 8,500rpm (15.1hp)
Tork maksimum13.8Nm @ 7,000rpm
Bore x Stroke57mm x 58.7mm
Nisbah mampatan10.4 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear5 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangmonoshock
Tayar depan90/80 - 17
Tayar belakang120/70 - 17
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,970mm
Lebar670mm
Tinggi1,100mm
Jarak dari bumi135mm
Jarak roda1,290mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak4.2 liter
Berat117kg
Bonus- Ada USB Type C
- Ada windshield
- Ada bakul