Harga asas rasmi ialah RM6,999. Tapi ada rebat insentif MARiiCas, sebanyak RM2,400. Selepas tolak rebat harga MARiiCas, harga badan akan menjadi RM4,599 (tidak termasuk insurans & pendaftaran).
QJMOTOR e-LTR ada insentif MARiiCas?
Ya, skuter ini layak dapat rebat RM2,400 di bawah program ​Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).
Berapa warna pilihan QJMOTOR e-LTR (2025)?
Dua pilihan warna iaitu Putih dan Biru Gelap.
Berapa jauh jarak tunggangan bagi setiap cas penuh?
Sekali cas penuh, skuter boleh mencapai jarak sehingga 105 km.
Berapa lama masa mengecas bateri QJMOTOR e-LTR?
Cas dari 30% ke 80% mengambil masa sekitar 5 hingga 6 jam.
Apa kapasiti bateri QJMOTOR e-LTR (2025)?
Ia menggunakan pek bateri litium ion 27Ah (1 pek standard). Boleh tambah pek bateri kedua tapi kena bayar kos tambahan.
Apa motor elektrik yang digunakan dan berapa kuasa output?
Motor elektrik dengan output kuasa 3,000 kW dan sistem penyejukan udara.
Berapa berat QJMOTOR e-LTR (2025)?
Berat kasar keseluruhan 98.5kg. Berat bateri sahaja ialah 13.5kg. Berat skuter tanpa bateri pula 85kg.
QJMOTOR e-LTR ada ABS?
Tidak, tetapi ia ada Sistem Brek Kombi (CBS) dengan cakera depan & belakang.