Kawasaki Ninja ZX-6R (2026): Supersport ikon dapat sentuhan moden, warna baru di Jepun

Kawasaki Motors mengumumkan model Kawasaki Ninja ZX-6R edisi 2026 akan mula dijual di Jepun bermula 27 September 2025. Harga yang dicadangkan di sana ialah 1,595,000 yen (anggaran RM45,568).

Apa yang baru ialah motosikal kategori supersport ini didatangkan dengan pilihan dua warna lebih menarik, grafik baru dan fungsi meter ditambah baik.

WARNA & GRAFIK BARU

Untuk pilihan warna hijau Lime Green, badan motosikal menerima grafik baru.

Dua warna baru untuk Ninja ZX-6R di Jepun ialah.:

  • Metallic Matte Graphene Steel Gray x Metallic Spark Black (kelabu gelap, rim hitam)
  • Metallic Matte Dark Gray x Ebony (kelabu cerah, rim biru)

NAVIGASI & ARAHAN SUARA

Kawasaki Ninja ZX-6R edisi 2026 di Jepun akan dilengkapi dua ciri baru iaitu arahan suara dan fungsi navigasi.

Dua ciri Ini ditawarkan menerusi aplikasi Rideology The App. Tapi dua ciri ini diberi percuma selama satu tahun kepada pembeli baru model ini di Jepun.

Selepas tempoh setahun, pengguna di Jepun perlu membayar untuk mendapat lesen baru terus menggunakan dua ciri ini.

Setakat ini ada 16 negara membolehkan pengguna memperbaharui lesen untuk arahan suara dan navigasi. Ini senarainya:

  • Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, United Kingdom, Belanda, Belgium, Austria, Swesen, Republik Czech, Slovakia, Hungary dan Luxembourg.

SPESIFIKASI KAWASAKI NINJA ZX-6R (2026) JEPUN

Kawasaki Ninja ZX-6R (2026) Jepun
Enjin4 silinder sebaris (4 inline), 16-injap, DOHC
Kapasiti636cc
Kuasa maksimum90kW @ 13,000rpm (120hp)

Ram-Air
94kW @ 13,000rpm (126hp)
Tork maksimum69Nm @ 11,000rpm
Bore x Stroke67mm x 45.1mm
Nisbah mampatan12.9:1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan klac Assist & Slipper dan Quickshifter
Suspensi depanFork USD 41mm SFF-BP boleh laras sepenuhnya
Suspensi belakangmonoshock boleh laras sepenuhnya
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang180/55 - 17
Brek depanCakera berkembar 310mm, kaliper monoblok 4 piston
Brek belakangCakera 220mm, kaliper 1 piston
Panjang2,025mm
Lebar710mm
Tinggi1,105mm
Jarak dari bumi130mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk830mm
Tangki minyak17 liter
Berat199kg
Bonus- indikator tunggangan ekonomik
- Kawasaki KQS (Kawasaki Quick Shifter)
- KTRC (Kawasaki Traction Control)
- Mod kuasa Full dan Low
- Smartphone Connect
- Sistem brek ABS
- KIBS (Kawasaki Intelligent ABS)