MForce Lancar Sportbike QJMOTOR SRK 250 R, Siap Beri Promosi Harga Bawah RM10,000!


Sebuah lagi model motosikal berkuasa 250cc jenama QJMOTOR dilancarkan ke pasaran Malaysia hari ini. Model kali ini adalah sportbike QJMOTOR SRK 250 R (2025).

Jenama QJMOTOR di Malaysia diuruskan pihak MForce Bike Holdings (MForce) dan sportbike ini dihasilkan di kilang pemasangan mereka di Pulau Pinang.

Seramai 1,000 pembeli pertama, mereka akan menikmati harga badan motosikal sebanyak RM9,988 tetapi belum masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Khabarnya, stok untuk motosikal sport suku liter ini sudah diedarkan ke pihak pengedar MForce di seluruh negara.

Ini data teknikal (spesifikasi) QJMOTOR SRK 250 R:

  • Tiga pilihan warna iaitu Red Silver, Blue dan Black
  • Enjin satu silinder 249.2cc dengan sistem penyejukan cecair dan EFI
  • Kuasa maksimum: 20.5kW @ 9,500rpm
  • Tork maksimum: 22.5Nm @ 7,250rpm
  • Kotak gear 6-kelajuan klac manual
  • Fork teleksopik USD
  • Sistem absober monoshock
  • Tayar depan: 110/70 – 17
  • Tayar belakang: 140/60 – 17
  • Brek depan cakera tunggal diameter 300mm
  • Brek belakang cakera tunggal diameter 240mm
  • Panjang: 2010mm
  • Lebar: 770mm
  • Tinggi: 1125mm
  • Tinggi tempat duduk: 780mm
  • Jarak antara roda: 1360mm
  • Jarak dari bumi: 135mm
  • Berat kasar: 162kg
  • Tangki minyak: 12.5 liter
  • Ada soket UBS Type A dan Type C
  • Meter digital boleh disambung dengan telefon menggunakan bluetooth

LAPORAN LAIN