Selain model KTM RC 125 2024, sebuah lagi model yang turut diperkenalkan dengan dua skim warna baharu ialah KTM RC 200 2024. Dua pilihan skim warna baharu itu tampil dengan motif biru-oren dan hitam-putih. Di bahagian teknikal, setakat ini tiada sebarang perubahan terkini.
KTM RC 200 2024 dilengkapi enjin 199.5cc (liquid cooled, 1-cylinder, 4-stroke) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 25.47hp (19kW) dengan tork maksimum 19.5Nm. Model itu kemudiannya dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 13.7 liter.
Melengkapkan spesifikasi menariknya ialah suspensi depan WP APEX big piston fork 43 mm, suspensi belakang WP APEX, sistem brek cakera depan 320 mm 4-piston dan cakera belakang 230 mm, Two Channel ABS (Supermoto ABS), panel meter LCD, dan lampu belakang LED.
KTM RC 200 2024 mempunyai tempat duduk dengan ketinggian 824 mm, manakala berat kering model sport bike itu hanyalah 151 kg. Di pasaran Malaysia, KTM RC 200 2022 sebelum ini telah dilancarkan pada bulan Ogos 2022 yang lepas, dengan harga asas sebanyak RM 15,888.00.











