
Ya, ini adalah perkembangan terbaharu berkaitan operasi hab pelbagai jenama aksesori Gomoto di Selangor.
Kami difahamkan, Gomoto Xperience Lab SS2 di Petaling Jaya sudah berpindah ke Cyberjaya dan memulakan operasi semenjak awal minggu ini.

Semasa berkunjung ke Gomoto Xperience Lab di Cyberjaya, kami dapati ada pelanggan sudah mula berkunjung ke situ untuk mencari baju keselamatan tunggangan dan topi keledar walaupun proses pemindahan belum siap 100 peratus.
Kami difahamkan, waktu operasi masih kekal seperti sedia ada iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam, Selasa sehingga Ahad. Isnin tutup.
Lokasi premis di Cyberjaya ialah di E-G-01, Block E, CBD Perdana 3, Cyberjaya di Selangor. Gambar bawah (bulatan oren) menunjukkan lot premis Gomoto di atas restoran Caravan Saray.

Artikel berkaitan:
- Ada apa dalam Gomoto Xperience Lab Penang?
- Beli set rantai motosikal RK-M Edisi Merdeka 2026, ada peluang bawa pulang kereta
Dibawah ini adalah beberapa gambar yang sempat kami rakam dalam presmi Gomoto Xperience Lab di Cyberjaya.
















