
Selain pengumuman warna baharu Yamaha Y15ZR Special Edition (SE), Hong Leong Yamaha Motor juga melakukan pendekatan sama untuk supermoped standard Yamaha Y15ZR edisi 2026.
Ada satu warna baharu untuk Yamaha Y15ZR (2026) iaitu Cyan Jade.

Warna baharu Cyan Jade ini menggantikan pilihan warna Mecha Green. Dua warna lain iaitu Aqua Violet dan Blue Spark masih dikekalkan untuk pilihan.
Harga badan Yamaha Y15ZR ini ialah RM8,998. Sama seperti model SE, pembeli akan dapat hadiah berupa kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100.
Enjin Yamaha Y15ZR ini jenis satu silinder 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecairĀ SOHC menjanjikan kuasa 11.3kW @ 8,500 rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.







