
Aveta Serra 125 (2026) ialah skuter dengan lantai rata (tempat letak kaki) ketiga dalam barisan produk Aveta Motor Malaysia (Aveta Malaysia) selepas Aveta Bellagio 125 dan Aveta Nova 125.
Aveta Serra 125 (2026) diperkenalkan dengan tiga warna pilihan iaitu biru Pixel Blue, hijau Mystic Mint dan kelabu Ash Grey. Harga badan diumumkan mula daripada RM5,088 seunit.
Ini adalah perincian Aveta Serra 125 (2026)

- Sebuah skuter bandar yang memiliki reka bentuk moden dan bersifat praktikal.
- Dilengkapi sistem pencahayaan LED penuh membabitkan lampu depan, belakang dan lampu signal.
- Ada lampu siang DRL pada dada depan skuter. Lampu signal belakang jenis capang.
- Panel meter jenis LCD digital dengan latar biru.
- Ada soket pengecas USB Type-A dan Type-C.
- Enjin digunakan jenis silinder tunggal 124cc SOHC dengan kaedah penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI) Bosch.
- Kuasa maksimum yang boleh dihasilkan ialah 6.5kW (8.7hp) @ 7,500rpm dan tork puncak 9.5Nm @ 6,000rpm. Sistem transmisi jenis CVT.
- Dimensi Aveta Serra ialah panjang 1,950mm, lebar 720mm dan tinggi 1,160mm.
- Jarak bumi 125mm dan jarak roda pula 1,350mm.
- Tinggi tempat duduk cuma 770mm.
- Berat skuter cuma 105kg
- Saiz tangki minyak sebesar 6 liter
- Rim digunakan ialah 14 inci dengan padanan tayar saiz 80/90 (hadapan) dan 90/90 belakang.
- Sistem henti membabitkan brek cakera kaliper 1-piston (hadapan) dan dram di belakang.
























