Suzuki umum tawaran 45 unit Suzuki Katana Limited Edition di Jerman, harga badan 15,045 Euro

Suzuki mengumumkan tawaran model Suzuki Katana Limited Edition dalam kuantiti terhad iaitu hanya 45 unit motosikal disediakan untuk jualan di Jerman.

Warna pilihan yang disediakan untuk Suzuki Katana Limited Edition (2026) hanya satu iaitu perak (Metallic Mystic Silver) dan harga badannya ialah 15,045 Euro (anggaran RM68,856).

Harga Suzuki Katana Limited Edition (2026) adalah lebih mahal 645 Euro (anggaran RM2,952) berbanding Suzuki Katana (14,400 Euro) di Jerman.

Tiada perubahan dibuat membabitkan apa-apa aspek enjin dan mekanikal Suzuki Katana Limited Edition. Hanya sentuhan kosmetik semata-mata.

APA BEZA SUZUKI KATANA LIMITED EDITION VS STANDARD?

SUZUKI KATANA LIMITED EDITION 2026

Suzuki Katana Limited Edition menerima beberapa naik taraf kosmetik seperti berikut:

  • Pelekat badan menunjukkan nombor siri motosikal edisi terhad
  • Pad tangki minyak ala gentian karbon
  • Slider pada frem motosikal
  • Ekor belakang berwarna hitam (fairing belakang)
  • Dekal badan hitam-perak ‘The Edge’
  • Karpet hitam dengan logo Katana
  • Buku Sejarah Katana (pembangunan model lebih 40 tahun)
  • Ekzos Akrapovič jenis slip-on