Hanway Malaysia perkenalkan model Heritage 400 (2025) & Classic 400 (2025)

Jenama motosikal Hanway dari China kini memasuki pasaran Malaysia dengan dua model motosikal gaya ala jentera dua roda kebanggaan Amerika.

Model yang diperkenalkan ini ialah cruiser yang dipanggil Hanway Heritage 400 dan bobber Hanway Classic 400.

Harga badannya ialah RM22,800 tak termasuk insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran.

APA BEZA HANWAY HERITAGE DAN CLASSIC 400

Walaupun dua motosikal ini nampak macam sama, sebenarnya ada beberapa perbezaan seperti di bawah ini:

  • Jenis tempat duduk. Heritage seakan bobber tetapi diberi duduk pembonceng untuk dipasang sekiranya anda mahu. Model Classic pula dipasang terus kerusi penunggang dan pembonceng.
  • Bentuk madgad belakang dan bentuk bar pemegang pembonceng.
  • Classic miliki tangki minyak sebesar 16 liter, Heritage cuma 12 liter.

SPESIFIKASI HANWAY 400

Hanway Heritage 400 dan Classic 400 dipasang di Puncak Alam, Selangor selepas kontena tiba dari China. Walaupun berbeza nama, motosikal ini banyak berkongsi komponen sama iaitu:

  • Enjin 4 strok 2-silinder sebaris 401cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api (FI)
  • Kuasa maksimum 41.6hp @ 9,500rpm
  • Tork puncak 34Nm @ 8,000rpm
  • Transmisi manual 6-kelajuan
  • Pacuan jenis rantai
  • Meter berbentuk bulat dengan paparan kombinasi analog dan digital
  • Fork teleskopik (depan) dan absober kembar di belakang
  • Rim aloi 16 inci dengan tayar 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang)
  • Brek cakera kembar 300mm (depan)
  • Brek cakera tunggal 255mm (belakang)
  • Casis jenis cradle diperbuat dari keluli
  • Swingarm jenis berkembar
  • Panjang 2,220mm
  • Lebar 825mm
  • Tinggi 1,120mm
  • Jarak roda 1,518mm
  • Tinggi tempat duduk 690mm

GAMBAR HANWAY CLASSIC 400

GAMBAR HANWAY HERITAGE 400