Beberapa bulan lepas, jenama Hanway melangkah masuk Malaysia dengan tayangan dua model versi 400cc iaitu Heritage (atau BOB400) dan Classic.
Khabarnya ada yang persoalkan mengapa bawa masuk motor 400cc yang perlukan syarat lesen B Full dan bukannya enjin kapasiti lebih kecil untuk pemegang lesen B2?

Semalam, Hanway Malaysia menjawab persoalan itu dengan pengenalan motosikal bobber Hanway BOB125S (2025) dengan warna pilihan hitam kilat.
Harga badan Hanway BOB125S ialah RM14,800 tetapi belum masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Ini spesifikasi bobber Hanway BOB125S (2025:
- Enjin satu silinder 124cc DOHC 4 injap dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api (EFI)
- Kuasa maksimum 14.75hp @ 10,000rpm
- Tork puncak 11Nm @ 8,000rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan
- Meter jenis kombinasi jarum analog dan skrin digital
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Frem trellis dengan fork teleskopik biasa dan set absober berkembar di belakang
- Panjang motosikal 2,200mm dan lebar 825mm. Jarak roda 1,495mm
- Rim aloi 16 inci dengan tayar saiz 130/90 (depan) dan 150/80 (belakang)
- Sistem brek cakera tunggal 300mm (depan) dan saiz 255mm (belakang)
- Ada teknologi Sistem Brek AntiKunci (ABS) depan-belakang
- Pacuan jenis rantai
- Berat bersih 165kg







