
Kedatangan Brixton Storr 500 (atau Brixton Crossfire Storr 500) sudah boleh dihidu. Pertama, model ini dikesan menghadiri Terrengganu International Bike Week.
Kami juga ternampak model ini di ibu pejabat MForce Bike Holdings (MForce) di Pulau Pinang semasa melawat kilang mereka. Malah MForce juga ada mengumumkan mengenai tawaran model itu dengan harga bawah RM30,000 (lihat foto bawah).

Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad ada mengumumkan kedatangan model Storr 500 dengan harga bawah RM30,000 pada 20 Mac 2025.
Hari ini, janji itu ditunaikan. Brixton Storr 500 dilancarkan dengan harga badan RM29,888 siap beserta tiga kotak simpanan (kotak atas dan 2 kotak sisi).
SPESIFIKASI BRIXTON STORR 500
- Enjin jenis 4-strok 2-silinder sebaris dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
- Kapasiti enjin 486cc
- Kuasa maksimum 35kW (47.6 hp) @ 8.500rpm.
- Tork maksimum 43Nm @ 6.750rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan
- Brek depan jenis cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4 piston
- Brek belakang jenis cakera tunggal 240mm dan kaliper piston tunggal
- Tayar depan 110/80-19
- Tayar belakang 150/60-17
- Berat kasar 209kg
- Panjang 2,171mm
- Lebar 916mm
- Tinggi 1,442mm
- Tinggi pelana 839mm
- Tangki minyak 16 liter















































