Yamaha NMAX ASB (2026): 2 warna pilihan baharu untuk pasaran Malaysia, harga dari RM11,498

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran dua warna baharu untuk model skuter Yamaha NMAX ASB (2026) yang menjadikan penampilannya lebih menawan.

Dua warna itu ialah Icon Blue (biru) dan Crystal Graphite (kelabu gelap).

Harga badan yang akan dikenakan untuk pembelian model Yamaha NMAX ABS (2026) ialah RM11,498. Harga ini tak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Model ini boleh didapati dari seluruh rangkaian kedai pengedar sah Yamaha di Malaysia mulai 26 Januari 2026 (hari ini),

Spesifikasi kekal seperti model semasa.