VOGE R125: Naked bike guna meter digital penuh, 125cc berkuasa 14hp, ABS depan-belakang

Sejak tahun 2003, VOGE ada menawarkan motosikal naked bike kelas 125cc di beberapa pasaran dunia terutamanya di Eropah.

Motosikal itu ialah VOGE R125 (nama lain VOGE Brivido 125). Model premium dari China ini menjadi pesaing kepada KTM 125 Duke, Yamaha MT-125 dan Honda CB125R.

VOGE R125 menggunakan khidmat enjin satu silinder 124cc yang menghasilkan kuasa maksimum 14.8hp dan tork setinggi 12Nm.

Apa yang menjadikan VOGE R125 ini memiliki kelebihan berbanding pesaing dari Eropah dan Jepun ialah Brivido 125 dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang, panel meter digital berwarna penuh dan ada soket USB.

VOGE R125 menggunakan kerangka atau frem jenis keluli trellis dengan padanan lengan ayun (swingarm) berasaskan material aluminium. Ini membuatkan beratnya sekadar 127kg.

SPESIFIKASI VOGE R125 (Brivido 125)

Voge 125R
Enjin1 silinder, DOHC, 4 injap
Kapasiti124.8cc
Kuasa maksimum11kW @ 9,500rpm (14.8hp)
Tork maksimum12Nm @ 8,000rpm
Bore x Stroke57.3mm x 48.4mm
Nisbah mampatan12 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6 kelajuan klac manual
Suspensi depanFork USD
Suspensi belakangmonoshock
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang140/60 - 17
Brek depanCakera 275mm
Brek belakangCakera 220mm
Panjang1,940mm
Lebar790mm
Tinggi1,065mm
Jarak dari bumi160mm
Jarak roda1,310mm
Tinggi tempat duduk795mm
Tangki minyak10 liter
Berat128kg
Bonus- Ada ABS depan belakang
- Lampu penuh LED
- Lampu depan jenis projektor berkembar
- Ada lampu DRL
- Meter LCD berwarna
- Ada USB Type-A

GALERI GAMBAR VOGE R125