
Malaysia sudah ada WMOTO Nexy+ 180. Ada pasaran lain menggunakan nama lain iaitu Keeway Nexy+ 200i.
Di Thailand, mereka juga menyambut satu lagi kembar baharu skuter ini yang menggunakan nama GPX DZ2 (2025) tetapi enjinnya cuma berkapasiti 150cc (Malaysia: enjin Nexy+ 174cc).
Semua model ini dijenamakan semula daripada skuter asal Nexy+ keluaran Taige Moto iaitu anak syarikat kepada Loncin di China.
WARNA GPX DZ2 (2025)
Kembali ke Thailand, model skuter GPX DZ2 (2025) ditawarkan dengan empat warna pilihan yang ternyata menarik iaitu:
- Super Black
- Lava Red
- Matt Brown
- Crayon Grey
HARGA GPX DZ2 (2025)
GPX mengumumkan harga untuk skuter GPX DZ2 dengan harga badan 73,500 baht (anggaran RM9,540).
Harga itu nampaknya lebih mahal berbanding harga badan WMOTO Nexy+ 180 yang dijual MForce Bike Holdings di Malaysia iaitu RM8,988.
Jaminan enjin yang ditawarkan GPX untuk GPX DZ2 ialah tiga tahun atau jarak perbataun 30,000km (mana-mana tiba dulu).
PERINCIAN & SPESIFIKASI GPX DZ2 (2025)
- Sistem pencahayaan LED penuh depan dan belakang.
- Lampu depan jenis projektor dan tidak didatangkan bersama tambahan lampu LED di bahagian bawah (sama macam Malaysia).
- Enjin HYPER-i satu silinder 149.6cc SOHC 4-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Tindak balas terotal dikatakan lebih baik dengan daya pecutan lebih memberangsangkan ketika julat RPM rendah-sederhana.
- Menggunakan brek sepasang cakera iaitu saiz 260mm depan dan 220mm belakang.
- Keselamatan membrek ditingkatkan dengan adanya Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang.
- Ada sistem kawalan cengkaman (Traction Control System – TCS) yang boleh dipadamkan jika mahu.
- Instrumen meter TFT berwarna berukuran 6 inci. Boleh sambung dengan telefon pintar menggunakan Bluetooth.
- Meter juga boleh disambung dengan aplikasi Carbit Ride untuk fungsi Mirror Screen.
- Ada sambungan USB jenis Type-A dan Type-C.
- Menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci kalis air IP67, ada sistem penggera keselamatan (alarm).
- Tangki minyak 8 liter.
- Berat dianggarkan 130kg.































