
CFMOTO Papio XO-1 Racer ialah varian motosikal mini terbaharu dalam keluarga Papio selepas XO-1 dan Trail (juga dipanggil Baboon Adventure).
Cerita tentang Papio XO-1 Racer pernah kami laporkan pada pertengahan tahun ini dan semasa Kejohanan MotoGP Malaysia 2025, model ini ada dipamerkan dengan seragam putih.
Malah ada beberapa pengedar nampaknya sudah membuka tempahan untuk model CFMOTO Papio XO-1 Racer dengan khabarnya ada dua lagi warna pilihan selain Nebula White (putih) iaitu Clay Yellow dan Champion Blue.

Kami merasakan XO-1 Racer ini ada kemungkinan menggantikan CFMOTO Papio XO sedia ada di Malaysia. CFMOTO Papio XO-1 ialah model mini dengan fairing separa yang sudah berada di pasaran kita semenjak 2023.
Dengar cerita ada pengedar sudah mula ambil tempahan awal. Benarkah?
Selain perbezaan fairing dan winglet mini, CFMOTO XO-1 Racer juga didatangkan dengan ciri teknologi Kawalan Cengkaman (TCS). TCS ini satu kemajuan untuk PAPIO kerana ini adalah kali pertama motosikal mini itu datang dengan ciri kawalan cengkaman.
Di bawah ini adalah spesifikasi umum di pasaran Malaysia:
CFMOTO XO-1 PAPIO RACER
- Engin silinder tunggal 126cc dengan sejukan udara dan menggunakan sistem suntikan bahan api (EFI).
- Gerek x lejang: 57mm x 49.4mm
- Kuasa maksimum 7kW @ 8,250rpm
- Tork maksimum 9.2Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear 6 kelajuan klac manual
- Panjang 1,750mm
- Lebar 700mm
- Tinggi 975mm
- Jarak roda 1,214 mm
- Jarak dari bumi 150mm
- Tinggi pelana 760mm
- Berat kasar 114kg
- Tangki minyak 7L
- Brek depan cakera tunggal 210mm kaliper 2 piston
- Brek belakang cakera tunggal 190mm kaliper 2 piston
- Fork depan jenis USD (Upside down), absober monoshock di belakang
- Rim depan 12xMT2.75
- Rim belakang: 12xMT3.50
- Tayar depan 120/70 R12
- Tayar belakang 130/70 R12





























