CFMOTO XO Baboon Adventurer 2023 dilancarkan di China

Pasaran China baru-baru ini rasmi menerima pelancaran sebuah model mini scrambler terbaharu, yang dikenali dengan nama CFMOTO XO Baboon Adventurer 2023. Ianya merupakan kesinambungan kepada model CFMOTO XO Baboon Racer 2023.

Hanya mempunyai satu pilihan warna Kunlun White, XO Baboon Adventurer dilengkapi enjin 126cc dengan sistem penyejukan udara. Sistem transmisinya enam kelajuan, dan model itu menawarkan kuasa 9.5hp @ 8,250rpm dengan tork 9.2Nm @ 6,500rpm.

Tangki bahan apinya 7 liter. Spesifikasi lain seperti fork depan USD, suspensi belakang monoshock, brek cakera depan dan belakang, tayar bersaiz 120/70-12 dan 130/70 R12, tinggi tempat duduk 740 mm, jarak kelegaan tanah 157 mm, dan berat hanya 114 kg.

Panel meter jenis analog dan digital, bersama-sama sistem lampu LED. Untuk pasaran China, harganya ialah RMB 9,680.00 (RM 6,301.83). Pasti menarik jika ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia, seperti mana model CFMOTO Xo Papio 2023.