‘Isu panas’ di Litar SIC sudah selesai cara baik….Honda Racing Malaysia gantung kru terlibat

Rasanya, semua orang tahu dan lihat apa yang terjadi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semasa Perlumbaan 2 kategori ASB1000 dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada Ahad lepas.

JDT Racing Team sudah mengeluarkan kenyataan mereka berhubung kejadian tersebut. Begitu juga Honda Racing Malaysia tapi dengan dua kenyataan dengan satunya menjelaskan tindakan diambil ke atas kru pasukan yang ‘menunjukkan isyarat jari’.

KENYATAAN HONDA RACING MALAYSIA

Honda Racing Malaysia dalam kenyataan rasmi kedua menyatakan kru mereka yang menunjukkan ‘isyarat jari’ sudah dikenakan tindakan. Ini penjelasan mereka:

Susulan penilaian (semakan) dalaman dibuat, tindakan disiplin sudah diambil. Inividu-individu terlibat telah digantung daripada semua aktiviti pasukan dengan serta-merta.

Honda Racing Malaysia juga menyatakan pihaknya tidak akan bertoleransi dengan sebarang  kelakuan tidak sopan oleh mana-mana ahli pasukannya.

KENYATAAN JDT RACING TEAM

KENYATAAN FIM ASIA & TWMR

Turut mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian insiden sudah tentunya pihak FIM Asia dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) dan pengumuman denda serta penalti oleh pihak ARRC terhadap Zaqhwan Zaidi.

JDT Racing dan Honda Racing Malaysia sudah menyelesaikan perkara itu secara baik, sekali gus mengekalkan prinsip saling menghormati serta profesionalisme antara pasukan dan pelumba.