Satu lagi model skuter Italjet Dragster kini memasuki pasaran Malaysia, hadir dengan dua skim warna dan harga berbeza.
Model yang dimaksudkan ini ialah Italjet Dragster 300 dengan dua skim warna badan menarik iaituĀ Malossi Edition dan Gresini Racing Team Edition.

Secara asasnya, dua varian ini berkongsi semua aspek mekanikal sama termasuk enjin dan perbezaan cuma melibatkan warna. Berikut ialah harga badan setiap varian:
- Malossi Edition: RM37,800
- Gresini Racing Team Edition: RM38,800
Satu perkara yang perlu diingatkan ialah harga badan ini belum mengambil kira kos insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
KEMPEN CASH-BACK RM3,000
Bersempena dengan pelancaran dua varian Italjet Dragster 300, ada kempen memberikancash-back sebanyak RM3,000 kepada:
- 10 individu terawal mendaftar Malossi Edition
- Juga untuk 10 pendaftaran terawal versi Gresini Racing Team
Maklumat mengenai kempen cash-back ini boleh didapati dari pengedar terdekat Itajet di Malaysia.
SPESIFIKASI ITALJET DRAGSTER 300
- Enjin 4 lejang satu silinder 278cc SOHC 4 injap dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair.
- Gerek x lejang: 75mm x 63mm
- Kuasa maksimumĀ 23.8 hp (17.5kw) @ 8,250rpm
- Tork 26Nm @ 6,250rpm
- Sistem transmisi automati CVT
- Suspensi depan jenis sebelah ISS (single arm & hydro-pneumatic) boleh laras
- Absober belakang tunggal dan boleh dilaras
- Ada sistem brek ABS
- Brek cakera depan 240mm, kaliper Brembo
- Brek cakera belakang 175mm, kaliper Brembo
- Roda depan 120/70-12
- Roda belakang 140/60-13
- Jarak roda 1,345mm
- Panjang 1,870mm
- Lebar 750mm
- Tinggi tempat duduk 770 mm
- Berat kering 128Kg
- Tangki minyak 11 liter
- Meter TFT
- Ada 4 winglet














































