Benda Chinchilla 350 CVT: Cruiser enjin V-Twin tapi main pulas terotal macam skuter

BENDA selalu cuba mengetengahkan suatu kelainan dalam pasaran. Dari fork unik bobber 250 Napoleon Bob hingga rancangan bikin model roadster 250cc enjin boxer.

Dan terbaru, pada ketika pengeluar motosikal cruiser lain mula mengetengahkan sistem gear semi automatik atau AMT, BENDA pilih untuk mencari kelainan dengan BENDA Chinchilla 350 CVT.

BENDA Chinchilla 350 CVT ialah motosikal cruiser enjin V-Twin yang menggunakan transmisi automatik CVT (Continuously Variable Transmission) dengan sistem pacuan tali sawat (belt driven).

Operasinya mudah. Penunggang tak perlu masukkan gear. Hanya pulas dan jalan macam skuter biasa. Tak ada apa-apa mod manual atau klac tangan.

Sebenarnya ada dua varian BENDA Chinchilla 350 CVT iaitu ACE dan NEO. Kedua-duanya berkongsi spesifikasi, enjin dan transmisi yang sama. Beza pada aspek hiasan sahaja.

  • ACE: Ekzos tunggal kiri kanan, lingkaran lampu DRL biasa dan ada lebih banyak aksesori berwarna krom.
  • NEO: Ekzos sebelah jenis berkembar, ada kemasan pada lingkaran lampu DRL dan lebih menekankan rona gelap.

MENGAPA BENDA GUNA KOTAK GEAR CVT?

  • Macam di kebanyakan negara Asia Tenggara, skuter ialah mod tunggangan dua roda paling popular diikuti dengan skuter.
  • Malah trend di Malaysia juga menampakkan perkembangan positif untuk segmen skuter yang semakin mendapat sambutan dari pengguna. Sudah ada peralihan dari pengguna kapcai kepada pembeli skuter.
  • Satu kelebihan sistem operasi skuter ialah ia mudah. Tak ada gear, tak ada klac dan hanya pulas untuk jalan. Brek depan-belakang pun di hujung jari. Ini ramai pengguna suka di kawasan bandar.
  • Selain itu, sudah ada trend dalam industri untuk menawarkan motosikal kapasiti sederhana-besar dengan sistem gear semi automatik (AMT).
  • Di China pula, pesaing-pesaing sudah menawarkan pelbagai segmen motosikal dengan sistem transmisi AMT.

SPESIFIKASI BENDA CHINCHILLA 350 CVT

BENDA Chinchilla 350 CVT pernah diterbangkan ke Itali tahun lepas untuk tayangan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024. Kini, model itu sudah dilancarkan di China dan varian NEO akan dieksport ke pasaran luar.

Ini adalah spesifikasi untuk model BENDA Chinchilla 350 CVT:

  • Enjin V-Twin 343cc menawarkan kuasa 25kW @ 8,700rpm dan tork 31Nm @ 6,500rpm.
  • Kotak gear automatik CVT dengan pacuan tali sawat
  • Sistem brek cakera tunggal depan-belakang, ada teknologi brek ABS dan Traction Control (TCS)
  • Meter LCD
  • Ada soket USB Type C
  • Panjang 2,175mm
  • Lebar 843mm
  • Tinggi 1,080mm
  • Jarak roda 1,485mm
  • Tinggi pelana 690mm
  • Berat motosikal 195kg
  • Tangki minyak 16 liter
  • Roda depan 120/80 – 16
  • Roda belakang 150/80 – 15