Makin banyak motosikal dengan enjin V-Twin dilancarkan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Antaranya, QJMotor SRV 250 AMT, BENDA Napoleon Bob 250 dan QJMOTOR SRV 600 V.
Malah segmen motosikal enjin V-Twin ini diyakini akan terus berkembang dengan ketibaan model baru seperti Harley Davidson dengan enjin Milwaukee-Eight 117 V-twin serta jenama Thunder yang tiba tidak lama lagi.

PETRONAS SPRINTA F900HD
Ini memang masa tepat untuk PETRONAS Sprinta melancarkan barisan produk terbaru iaitu minyak pelincir PETRONAS Sprinta F900HD yang direka khas untuk kegunaan enjin V-Twin.
Sekadar makluman, PETRONAS Sprinta ini suatu jenama bawa PETRONAS Lubricants Marketing (M) Sdn. Bhd. (PLMMSB).
APA KELEBIHAN PETRONAS SPRINTA F900HD
- PETRONAS Sprinta F900HD sebenarnya direka khas untuk keperluan enjin V-Twin.
- Ia direka berasaskan teknologi UltraFlex yang menawarkan kestabilan walaupun suhu haba tinggi dan enjin berdepan tekanan.
- Dihasilkan dari rumusan dengan Ester+ dan polyalphaolefin (PAO).
- Pelincir ini juga mematuhi piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN.
- Diformulasi dengan proses ketat di pusat penyelidikan di Turin, Itali.
- Sprinta F900HD menepati piawaian SIRIM 58 iaitu pengsijilan terbaru dalam keaslian atau ketulenan minyak pelincir dari SIRIM Malaysia.
PILIHAN PETRONAS SPRINTA F900HD
Beberapa hari lalu, PLMMSB memperkenalkan dua pilihan minyak pelincir PETRONAS Sprinta FD900HD iaitu 10w 60 dan 20w 50. Berikut ialah harganya:
- FD900HD 10w 60 – RM97
- FD900HD 20w 50 – RM93
SESUAI UNTUK SEGMEN MOTOSIKAL APA
Minyak enjin Sprinta FD900HD dikatakan amat sesuai untuk digunakan barisan motosikal dalam segmen cruiser, touring dan juga enduro.
Sebenarnya, FD900HD sudah diuji dengan menggunakan lima motosikal Harley Davidson di jalan raya dengan membabitkan jarak lebih 5,000km.
Minyak pelincir terbaru PETRONAS Sprinta F900HD akan berada di:
- Bengkel- bengkel PETRONAS tertentu
- Bengkel selepas jualan Harley Davidson
- Bengkel yang mengkhususkan kepada enjin V-Twin












