TX150 ialah antara siri skuter popular keluaran pihak Zhejiang Tianying Motorcycle Co., Ltd. (TEYIN) di China semenjak tahun 2023. Ini berdasarkan laporan media di China.
Dalam barisan produk skuter TEYIN, mereka ada tiga lagi siri skuter 150cc lain yang tertumpu dalam segmen berbeza dan inilah dia:
- TT (skuter gaya ADV) – diperkenalkan pada 2022
- TS (skuter bandar) – diperkenalkan pada 2022
- TA (skuter gaya retro) -diperkenalkan pada 2024
2 VARIAN SKUTER TEYIN TX150
TX pula adalah kategori skuter sport mewah bandar (luxury urban sport) dan didatangkan dengan dua pilihan varian untuk pembeli di China.
Walaupun dua varian, banyak juga persamaan di antara dua skuter ini dan kami akan kongsikan maklumat yang dikumpul. Dua varian ini ialah:
- TX150 – model tertinggi atau perdana
- TX150 突击版 atau TX150E – model bajet
HARGA SKUTER TEYIN TX150
- Model skuter TEYIN TX150 (generasi pertama) diperkenalkan pada Ogos 2023 dengan harga 14,980 yuan (anggaran RM8,830).
- Disember 2023 pula menyaksikan TEYIN melancarkan skuter versi bajet TX150 突击版 (generasi pertama) dengan harga 11,980 yuan (anggaran RM7,050) di China
- Dan pada masa sama, ada pengumuman harga asal varian TEYIN TX150 diturunkan sebanyak 1,000 yuan kepada 13,890 yuan (anggaran RM8,250).
- Walaupun turun kepada 13,980 yuan, ada juga yang menyifatkan harga itu agak mahal untuk sebuah skuter kategori 150cc di China.
NAIK TARAF SKUTER TEYIN TAHUN 2025
Tahun ini menyaksikan TEYIN memperbaharui saingan dengan memperkenalkan dua model versi naik taraf generasi pertama TX di China membabitkan:
- Versi perdana TEYIN TX150 (2025) pada Februari 2025 dengan harga 13,280 yuan
- Varian bajet TEYIN TX150E (2025) pada Mei 2025 dan harganya 11,980 yuan
APA BEZA TEYIN TX150 & TX150E (2025)?
Memandangkan TX150 lebih premium dari TX150E (2025), sudah tentu ada beberapa perbezaan antara dua varian skuter TEYIN.
Khabarnya, bahagian depan TX150E (2025) sudah diubah dan nampak sama mcam model TX150 (2025).
Setakat ini belum ada gambar rasmi dimuat naik di laman web TEYIN. Ini poster yang kami temui untuk siri TX150 naik taraf tahun 2025 di portal media China:
Berdasarkan laporan dan maklumat dari beberapa portal di China, TX150 (2025) memiliki kelebihan… antaranya ialah:
- Kamera dashcam 1080p
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar (TPMS)
- Meter TFT dengan kelebihan mirroring untuk sistem navigasi
- Penghadang angin boleh laras secara elektrik (elektrik windscreen)
ENJIN DARI LONCIN?
Portal-portal automotif di China menyatakan enjin yang digunakan untuk varian TX150 dan TX150E adalah sama.
Besar kemungkinan, enjin dengan nama kod 157MJ-J ini untuk skuter premium dibekalkan oleh pihak Loncin. Ini spesifikasinya:
- Enjin satu silinder 149.3cc dengan sistem penyejukan udara dan suntikan bahan api (FI).
- Gerek x lejang: 57.3mm x 57.9mm
- Nisbah mampatan: 10.7:1
- Kuasa maksimum: 11.6kw @ 8,500rpm (15.6hp)
- Tork maksimum: 14.7Nm @ 6,500rpm
- Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Saiz tayar depan: 120/70-13
- Saiz tayar belakang: 130/70-13
- Rim aloi 13 inci
- Brek cakera tunggal depan dan belakang
- Ada Sistem Brek AntiKunci (ABS) depan-belakang
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
- Menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
- Panel meter 7 inci berwarna dan ada soket USB
- Sistem pencahayaan LED
- Panjang 1,975mm
- Lebar 770mm
- Tinggi 1,243
- Tinggi pelana 755mm
- Jarak roda 1,360mm
- Jarak lega bumi: 160mm
- Tangki minyak 13 liter
- Berat kasar 150kg
- Kelajuan maksimum 105km/j (di China)
- Fork teleskopik biasa (depan), set absober berkembar (belakang)























































































