QJMOTOR SRK250 RD: Sportbike 4 silinder sebaris 250cc sesuai masuk Malaysia?

QJMOTOR sudah menambah satu lagi sportbike dalam kategori 250cc menjadikan jumlah varian sedia ada menjadi empat motosikal.

Model yang paling baru memasuki senarai mereka dipanggil QJMOTOR SRK250 RD. Menariknya, ini sportbike 250cc mereka yang menggunakan enjin 4 silinder sebaris (4-inline).

Tiga varian 250cc yang lain digerakkan enjin satu silinder atau dua silinder. Kami senaraikan tiga varian itu di bawah ini:

  • SRK250 RS – 1 silinder 250cc DOHC 4 injap
  • SRK250 RC – 2 silinder 250cc DOHC 8 injap
  • SRK 25R – 1 silinder 250cc DOCH 4 injap

QJMOTOR SRK250 RD nampak macam satu perkembangan menarik sebab model ini ada peluang cerah nak masuk Malaysia dengan beberapa teori.

  • Teori pertama ialah motor ini sesuai dengan lesen B2, tak perlu naik taraf lesen jadi B Full. Majoriti pemegang lesen motosikal ialah kelas B2.
  • Teori kedua ialah QJMOTOR sudah ada di Malaysia dan ada satu model 250cc – SRK250RR (enjin 2 silinder selari). Boleh tambah pilihan baru.
  • Teori ketiga ialah di Malaysia.. sportbike 250cc 4 silinder hanya ada satu pilihan iaitu Modenas Ninja ZX-25R dan 25RR (dua model rebadge Kawasaki). Peluang tersedia di pasaran amat besar. Honda dan Suzuki belum sertai 250cc 4-inline.

Kami tak pasti sama ada MForce Bike Holdings (MForce) nak bawa dan pasang model ini di Malaysia ke tak. Kena tunggu apa MForce akan umumkan nanti. Mana la tau kan…