Yamaha Aerox Alpha CyberCity (2025) lancar dengan 2 warna Funky di Indonesia, harga RM9,371

Yamaha Aerox Alpha CyberCity (2025) adalah varian yang duduk di atas versi Aerox Alpha Standard dan di bawah siri Aerox Alpha Turbo turut dilancarkan pada hari sama (18 Disember 2024) di Indonesia.

Aerox Alpha CyberCity didatangkan dengan dua warna funky berbanding Aerox Alpha Standard (4 warna) untuk pelanggan yang mahu kelihatan lebih menonjol di jalan raya.

Dua warna disediakan itu adalah CyberCity (campuran merah, biru dan ungu) dan Matte Blue Yellow. Harga asas Yamaha Aerox Alpha CyberCity di kota Jakarta ialah 33,990,000 rupiah (RM9,371.35).

Lebih mahal 4.09 juta rupiah (RM1,126.45) dengan varian Aerox Alpha Standard menandakan skuter CyberCity ada beberapa perbezaan menarik.

  • Absober belakang ada sub-tank
  • Sistem brek ABS depan sahaja
  • Smart key
  • Sistem Start Stop

Reka bentuk CyberCity adalah sama macam Aerox Alpha Standard dan memiliki ciri sama iaitu:

  • Bentuk Super Sport dengan garisan badan tajam.
  • Lampu pada depan dan belakang LED penuh.
  • Lampu LED depan jenis berkembar projektor.
  • Lampu DRL bawah lampu signal.
  • Lampu brek belakang dipisahkan dengan lampu signal.
  • Meter digital dengan latar hitam dan ada Yamaha Connect (Y-Connect).
  • Brek cakera depan dan belakang.
  • Ada port UBS Type A.

Data teknikal (spesifikasi) seperti di bawah ini:

  • Enjin 4-strok satu silinder 155.09cc SOHC 4 injap VVA dengan suntikan petrol (FI) dan penyejukan cecair.
  • Kuasa maksimum 15.4PS @ 8,000rpm
  • Tork maksimum 14.2Nm @ 8,000rpm
  • Penghidup enjin menggunakan butang elektrik
  • Nisbah mampatan 11.6: 1
  • Transmisi V-belt CVT automatik
  • Ukuran panjang 1,980mm
  • Ukuran lebar 720mm
  • Ukuran tinggi 1,170mm
  • Jarak antara roda 1350mm
  • Jarak dari bumi 145mm
  • Tinggi tempat duduk 790mm
  • Berat 127kg (lebih berat 3kg berbanding Standard)
  • Tangki minyak 5.5 liter